Pengikut
Selasa, 16 Februari 2010
HANYA SEBUAH TAMAN TEMA..
Apabila menyebut Terengganu, yang pasti bermain di fikiran kita ialah keindahan pantainya, songket, batik, pembuatan barangan tembaga dan keropok lekornya. Itulah kehebatan Terengganu Darul Iman, sebuah negeri yang juga terkenal sebagai negeri pengeluar minyak mentah di Semenanjung Malaysia sehinggakan ianya digelarkan 'Kuwait Malaysia'. Royalti tak dapat...hanya Wang Ehsan je...
Selain dari keindahan pulau dan lukisan batiknya, satu lagi tarikan pelancong ke negeri Terengganu ialah Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Ketika melawat ke Terengganu baru-baru ini, penulis telah berkesempatan untuk datang singgah ke taman tersebut. 'LAIN DARI YANG LAIN' itulah ayat yang paling sesuai untuk penulis perkatakan ketika kali pertama menjejakkan kaki ke taman tersebut.
Tidak dinafikan kewujudan Taman Tamadun Islam di Terengganu telah menjana satu lagi daya penarik untuk melawat Terengganu, namun dalam masa yang sama penulis tertanya-tanya adakah roh dan semangat untuk mentamadunkan ISLAM itu kembali berjaya disampaikan ke jiwa setiap pelawat yang melawat di kawasan tersebut.
Sebagai contoh, ketika penulis sampai sahaja di Taman Tamadun Islam tersebut, pada masa yang sama Solat Fardhu Maghrib telah bermula di Masjid Kristal. Maka seharusnya keadaan persekitaran di sekitar Masjid Kristal itu dipenuhi dengan para makmum yang mendirikan solat Maghrib secara berjamaah. Namun menyedihkan, disaat Imam sedang bersolat, terdapat sebahagian pelawat lelaki dan perempuan masih sibuk mengambil gambar dan bergelak ketawa.
Lebih memalukan lagi, ada dikalangan pelawat yang beragama Islam ini secara terbuka mendedahkan aurat mereka di persekitaran Masjid. Dimanakah letaknya rasa hormat mereka kepada rumah ALLAH? Dalam masa yang sama penulis juga tertanya-tanya, adakah para pelawat ini lupa bahawa peranan utama masjid adalah sebagai tempat menyembah dan memuji ALLAH?
Mungkin pihak yang menguruskan Taman Tamadun Islam ini dapat melaksanakan tanggungjawab dalam menyedarkan pengunjung mengenai peranan Taman Tamadun ISLAM ini. Penulis ingin mencadangkan kepada pihak pengurusan Taman Tamadun ISLAM agar memaklumkan kepada para pelawat, apabila tiba waktu solat Fardhu, maka diwajibkan setiap pelawat yang beragama ISLAM yang tidak ada sebarang halangan / uzur untuk mendirikan solat secara berjamaah, kerana keutamaan mengajak pelawat mendirikan solat secara berjamaah adalah satu perkara yang lebih wajib dari yang lain-lain.
sumber:penamiang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan