Pengikut

Rabu, 17 Februari 2010

FAKTA PENTING SANG MUSA HASSAN SEBELUM PENCEN





Rekod Perkhidmatan Tan Sri Musa Bin Hassan.

  • 1969 -Insp. Pelatih (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru)
  • 1970 -Insp. Siasatan Khas (IPD Melaka Tengah, Kontinjen Melaka) / Inspektor Percubaan
  • 1973 -Pegawai Pendakwa (IPD Alor Gajah, Kontinjen Malaka) / Inspektor
  • 1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / Inspektor
  • 1981 -PPP Bah. 'A' CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
  • 1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
  • 1986 -Pensyarah Undang-Undang (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / ASP
  • 1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / DSP
  • 1991 -TPP Latihan B1 (Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / DSP
  • 1992 -PP Latihan (Peperiksaan)(Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / SP
  • 1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-Undang)(JSJ Bukit Aman) / ACP & SAC II
  • 2000 -Timbalan Pengarah II (JSJ Bukit Aman) / SAC I
  • 2001 -Timbalan Pengarah I (JSJ Bukit Aman) / DCP
  • 2003 -Ketua Polis Johor / DCP
  • 2004 -Pengarah JSJ (JSJ Bukit Aman) / CP
  • 2005 -Timbalan Ketua Polis Negara / DIGP
  • 2006 -Ketua Polis Negara / IGP



dituduh rasuah


Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan pernah dituduh menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan 3 anggota sindiket judi haram di Ibu Pejabat Polis Kluang , Johor Ordinan Darurat 1969. Pada 18 Jun 2007 , BPR

( SPRM ) telah menyiasat kes ini berdasarkan surat aduan dan email yang diterima serta soal-siasat terhadap 6 saksi dan pernyataan akaun Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan.



3 'ahli sindiket judi haram' itu ditangkap pada 30 Mac 2007 berdasarkan maklumat daripada 6 orang saksi. Pemangku DSP Dato' Khalid Abu Bakar telah menyiasat kebenaran kes ini sama ada berlaku penganiayaan atau tidak.



Kiranya ada unsur penganiayaan, tahanan mestilah dibebaskan. Malangnya setelah disiasat, 6 saksi tersebut menafikan maklumat itu daripada mereka dan tandatangan itu bukanlah milik mereka. Pada hari laporan ditulis, 5 saksi masih dilokap dan 1 sedang dibawa ke mahkamah. Oleh itu kredibiliti 6 saksi ini diragui dan tidak selaras. Pada 6 April 2007 mereka dibebaskan setelah dilokap selama 7 hari.



Peguam Negara, Ghani Patail menyatakan kes ini ditutup.Walau bagaimanapun penutupan kes ini secara tergesa-gesa menimbulkan polemik di kalangan orang awam. Tambahan dengan tersebarnya dakwaan mengatakan anak kepada Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan bekerja di syarikat teknologi maklumat milik salah seorang daripada 3 pemuka sindiket judi haram tersebut.



Terdapat juga dakwaan pembangkang bahawa kertas-kertas siasatan terhadap 3 orang pemuka sindiket haram ini telah diubah supaya pendakwaan terhadap mereka menjadi lemah dan seterusnya meletakkan kesalahan kepada pegawai penyiasat polis.Pegawai-pegawai polis terbabit akhirnya telah didakwa atas kesalahan menggunakan kuasa polis secara jahat untuk membina kes terhadap ahli sindiket terbabit.



Kemuncak kepada kontroversi ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia, Datuk Ramli Yusuf telah didakwa di mahkamah atas kesalahan tidak mengisytiharkan harta miliknya dianggarkan bernilai 27 juta. Adalah merupakan satu kesalahan bagi kakitangan kerajaan jika tidak berbuat demikian. Kes ini dilihat sebagai manifestasi konflik dalaman pasukan polis kerana Datuk Ramli Yusuff adalah ketua kepada pegawai-pegawai polis yang didakwa menganiaya Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan dan 3 orang ahli sindiket terbabit.




pemalsuan maklumat kes liwat


Pada 21 Julai 2008, Anwar Ibrahim telah membuat laporan kepada pegawai BPR ( SPRM ) berhubung peranan Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara , Ghani Patail berhubung isu liwat DSAI ,Ada usaha menutup jenayah bekas KPM , Tan Sri Abdul Rahim , memalsukan keterangan dengan membuat keterangan baru dan soal DNA Anwar Ibrahim pada 1998 hingga 1999 yang digunakan untuk menghina Anwar. pada tahun 1998. Anwar percaya terdapat unsur merekacipta dan membawa kesnya ke mahkamah.



wikipedia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan