Pengikut
Rabu, 17 Februari 2010
MEREKA AKAN KE MAHKAMAH ESOK
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik pakar forensik dan DNA luar negara untuk pasukan pembelaan menolak dakwaan pihak pendakwaan mengenai analisis DNA untuk perbicaraan kes liwatnya.
Dr McDonald, yang mempunyai PhD dalam Patologi dari University of Western Australia, telah melakukan dan melaporkan lebih daripada 5,000 ujian paterniti untuk kes undang-undang keluarga.
Dr McDonald, yang juga pengarah perunding DNA dan genetik molekul bagi Sonic Clinical Institute, telah mengarang atau pengarang bersama bagi 79 kertas saintifik, halaman dalam buku dan prosiding persidangan.
Dr Damodaran, yang mempunyai PhD dalam Bio-kimia dari University of Madras, berpengalaman selama 28 tahun dalam forensik dan pengajaran dan 36 tahun dalam analitis biokimia/generik toksikologi forensik biokimia dan teknologi bio.
Beliau merupakan pengasas DNA Fingerprinting Initiative India dan juga pusat ujian paterniti pertama. Beliau terlibat dalam 96 penerbitan berkaitan dalam jurnal-jurnal utama dan menerima anugerah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas sumbangan besar kepada sains forensik pada 1995.
Dr Wells, yang merupakan ketua bahagian (perubatan asing klinikal) Victoria Institute of Forensic Medicine, menerima anugerah biasiswa amanah peringatan Winston Churchill pada 1992.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan