Pengikut

Selasa, 23 Februari 2010

SHAHIDAN KASIM JADI MB BULAN DEPAN: UMNO BERGELORA







selama ni deme berkabo yang UMNO tak ada masalah...semua baik-baik belaka...
ha ! isu gilir MB..dah meletup !!! kha ! kha ! rebut jadi MB...
shahidan masih giler dan kemaruk nak jadi MB lagi....
kasi la sama dia...dia hebat...dia raja gula-gula....





Isu pelantikan MB Perlis selepas pilihan raya umum 2008 belum berakhir. Terkini, tersebar di Internet mengenai dakwaan wujudnya 'persefahaman' antara puak yang bertelagah di Perlis mengenai penggiliran jawatan tersebut.


Mengikut 'persefahaman' tersebut – bulan depan tiba giliran Shahidan Kassim pula untuk menjadi MB Perlis yang kini disandang oleh Datuk Seri Md Isa Sabu.


Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan, mendakwa wujudnya persefahaman mengenai penggiliran jawatan MB Perlis.



Beliau mendakwa, persafahaman itu dicapai pada pertemuan pada 21 dan 22 Februari 2008 - sehari sebelum penamaan calon.



Menurutnya, pertemuan dihadiri PM ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak , dengan wakil kumpulan A - Shahidan - dengan dua wakil kumpulan B - Setiausaha Agung Umno ketika itu, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan MP Padang Besar, Datuk Azmi Khalid.



Bagaimanapun, Radzi yang juga ahli Parlimen Kangar menafikan wujudnya perjanjian bahawa Shahidan akan kembali menjawat jawatan itu Mac ini.



"Tidak ada perjanjian tersebut. Tidak timbul langsung,” katanya.



"Tidak ada perjanjian itu sama ada bertulis ataupun secara lisan, tidak timbul masalah ini,” tambahnya.




Memang sudah menjadi rahsia umum bahawa kedua-dua pemimpin tersebut tidak sehaluan, khususnya dalam penentuan senarai calon Umno di Perlis dari kalangan penyokong masing-masing, pada 2008.



Menurut Hashim lagi, memang ada perjanjian itu, “ia bukan sekadar cakap-cakap sahaja.”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan