Pengikut

Isnin, 21 Jun 2010

BERITA PERAK: ADUN MALIM NAWAR DIPINANG





Parti Makkal Sakti Bahagian Kampar tiada masalah menerima ADUN Bebas, Keshvinder Singh untuk sama-sama turun padang bagi menyertai barisan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.


Ketuanya Bahagian Kampar, A Chitra berkata, pihaknya tiada masalah untuk bekerjasama dengan ADUN Bebas itu dalam mencapai satu matlamat yang sama melalui kepimpinan kerajaan negeri.


Makkal Sakti menerima ADUN Bebas tersebut sekiranya beliau sudi bekerjasama dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kalau Keshvinder sanggup turun padang dan sama-sama bergerak demi rakyat melalui sokongan dan kepimpinan BN, kami sedia membantu dan sama-sama sokong Barisan Nasional,” kata beliau.

Dalam sidang media yang sama, Makkal Sakti mengumumkan seramai 800 penyokong DAP sekitar Kampar bersedia keluar parti dan menyertai Makkal Sakti apabila ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh Kasmir Singh bertindak keluar parti serta menjadi ADUN Bebas menyokong BN.


A Chitra berkata, penyokong ADUN Bebas itu tertarik dengan matlamat dan perjuangan Makkal Sakti menyebabkan mereka rela hati menyertai parti berkenaan.
“800 ahli baru termasuk dari Cawangan Malim Nawar, Tronoh Mines/Ladang Kampar, Mambang Diawan dan Batu Putih telah menyertai kami,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan