Pengikut

Khamis, 17 Jun 2010

RM 7.00 KE RM 9.40 SEN -RAKYAT DIDAHULUKAN





Kadar tol jambatan Pulau Pinang akan meningkat dari RM 7.00 sehala kepada RM 9.40 untuk menyelaraskannya dengan jambatan kedua yang masih dalam pembinaan.

Demikian jawapan lisan yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong apabila soalan berkenaan kadar tol untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang diajukan.

Chin Tong dalam sidang media di lobi parlimen hari ini berkata, pelaksanaan yang ingin di buat adalah tidak munasabah sama sekali.

" Kadar tol yang ditetapkan untuk jambatan kedua Pulau Pinang adalah selaras dengan kadar tol yang akan dikenakan ke atas jambatan yang pertama sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama," jelas Chin Tong.

Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang dikatakan bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang tetapi juga di kawasan sekitar.

Namun ujar Chin Tong, hasrat untuk menaikkan kadar tol untuk jambatan yang pertama sebaliknya akan membebankan rakyat.

" Nampak gayanya, jambatan pertama dan kedua akan dikenakan kadar tol yang mahal dari sekarang"

Tambah Chin Tong, pada asalnya beliau menjangkakan bahawa kadar tol jambatan kedua itu akan lebih mahal berbanding jambatan yang pertama.

Pantas menjadikan idea untuk membina jambatan kedua itu tidak logik kerana pengguna jambatan pastinya akan memilih jambatan sedia ada.

Bagaimanapun, jangkaan itu meleset sama sekali apabila kerajaan memutuskan untuk menaikkan kadar tol jambatan pertama untuk menyelaraskannya dengan jambatan kedua.

Projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang akan menelan kos kurang daripada anggaran awalnya sebanyak RM4.5 bilion dan dijangkakan dapat disiapkan menjelang September 2013.

Tujuan untuk pembinaan jambatan kedua ini adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di samping bagi tujuan merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan