Pengikut
Khamis, 17 Jun 2010
KINI SEMUA ADUN UMNO SEPAKAT JADI PENGAMPU ZAMBRY
Corak kepimpinan baik yang ditunjukkan oleh Zambry Kadir mampu menarik wakil rakyat sekalipun daripada pembangkang di Perak untuk menyokong BN, kata Pengerusi Kelab Anggota Dewan Undangan Negeri BN Perak, Datuk Nadzri Ismail.
"Kita lihat perkembangan negara di bawah kepimpinan Najib Tun Razak dan Perak di bawah Zambry tuju ekonomi sudah jelas selain pendekatan mesra rakyat dan membela rakyat yang diamalkan...maka sudah tentu akan lebih terbuka untuk Adun pembangkang menjadi mesra BN pada masa akan datang," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata BN Perak sentiasa mengalu-alukan mana-mana Adun pembangkang yang berhasrat menyokong kerajaan BN di negeri itu pada masa depan. Nadzri menafikan dakwaan pembangkang di Perak kononnya beberapa Adun BN akan menyertai pembangkang.
"Saya ingin tegaskan bahawa Adun BN dan Bebas di Perak adalah sepakat sejak dulu, sekarang dan insya Allah hingga pilihan raya umum yang akan datang. Dakwaan pembangkang itu semua fitnah untuk meraih simpati," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan