Pengikut

Khamis, 17 Jun 2010

MCA MINTA SENATOR LAGI





MCA Kelantan meminta Presiden parti Dr Chua Soi Lek mencalonkan seorang anggota MCA dari Kelantan sebagai senator menggantikan Datuk Alex Wong yang akan tamat perkhidmatan sebagai Anggota Dewan Negara pada Ogos ini.

Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata adalah perlu anak Kelantan dicalon menduduki kerusi itu memandangkan MCA Kelantan tidak mempunyai Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen bagi menyuarakan pendapat masyarakat Cina di negeri itu.

"Di sini tidak ada wakil rakyat orang Cina sebagaimana negeri-negeri lain, jadi kita minta Presiden MCA ambil wakil Kelantan ," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan MCA Kelantan malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan