Pengikut

Khamis, 17 Jun 2010

SARJAN DIPUKUL SUPAYA MENGAKU CURI ENJIN JET




Bapa Sarjan N. Tharmendran mendakwa anaknya dipukul ketika dalam tahanan reman dan dipaksa mengaku mencuri enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang dua tahun lalu.

Bapa Tharmendran, N. Nagarajah pagi ini membuat laporan polis mendedahkan semua layanan buruk yang diterima ketika dalam tahanan reman di Penjara Sungai Buloh.

Nagarajah mendakwa anaknya dipaksa memakai topi keledar sebelum dipukul dengan kayu golf oleh dua orang dipercayai pegawai tentera sebelum dipaksa menandatangani pengakuan mencuri enjin jet tersebut.

Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah, Brickfields hari ini ditemani keluarga dan peguam M. Manogaran.

Tharmendran masih dalam tahanan polis kerana tidak berupaya membayar wang jaminan sebanyak 150, 000 ringgit yang ditetapkan hakim dan didakwa mengikut Seksyen 414 kanun keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan