Pengikut

Jumaat, 18 Jun 2010

ADA UDANG LE NI





Apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuan tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.
Mengikut Artikel 48,Perlembagaan Persekutuan, seorang Ahli Parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.

Peguam tersohor negara yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mengatakan Tian Chua mungkin hilang kerusinya.


"Jika denda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu.

Dalam kes - Fan Yew Teng lawan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (1975) - Fan seorang ahli politik DAP yang didenda RM2,000 atau penjara enam bulan, terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Menglembu.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff, Tian Chua terpaksa menyerahkan kerusi Batu kerana dia didenda RM2,000.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan, Majlis Peguam, Edmond Bon berkata terdapat dua interprestasi berhubung Artikel 48, perlembagaan persekutuan - pertama ialah denda “RM2,000 atau lebih”, dan kedua ialah denda “RM2,000 atau kurang” yang akan mengakibatkan seseorang hilang kelayakan sebagai MP.

"Justeru, Tian Chua tidak sepatutnya hilang kerusinya. Lagipun, hakim telah berkata beliau ingin mengelakkan pilihan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan