Pengikut

Khamis, 17 Jun 2010

AHLI PARLIMEN YANG JIJIK





Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa rakyat menolak politik mengaib dan cercaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrin Hashim yang terus mengaitkan seorang Exco Selangor dengan video yang kurang bersopan.

Anwar menafikan dakwaan Zahrain bahawa beliau mahukan Elizabeth Wong di pecat setelaah menyaksikan video itu.

"Saya tidak menonton video sedemikian. Saya tidak tahu jika dia menonton video lucah, saya tidak tahu jika dia berbuat demikian," kata Anwar.

Anwar berkata, tuduhan jijik Zahrin itu hanya mengaibkan Wong dan wanita secara keseluruhan. Beliau menggesa rakyat supaya menolak ahli politik murahan seperti Zahrain.

"Jika anda mempunyai agenda politik, ia tidak harus menjurus kepada membunuh karier politik seseorang. Ia tidak beretika, bermoral dan tidak boleh diterima," tambah Anwar.

Wong dalam kenyataan berasingan menyifatkan Zahrain sebagai ahli politik murahan kerana terus membuat serangan peribadi tanpa bukti dan fakta.

Dalam kenyataan media yang diedar kepada wartawan, Wong menyatakan beliau langsung tidak terkejut tindakan Barisan Nasional melakukan 'keganasan politik' dengan menyerang hidup peribadi beliau.

"Saya kembali bertugas sebagai Exco untuk menunjukkan polisi dan politik Pakatan Rakyat untuk kebaikan Malaysia," kata Wong.

"Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah menyokong saya sejak saat pertama isu ini timbul."

Wong adalah Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan