Pengikut
Rabu, 16 Jun 2010
PROJEK TERBARU TOK PA DI KELANTAN
BN Kelantan akan menubuhkan Yayasan Darul Naim bagi membantu rakyat semua kaum terutama kepada anak-anak mereka meneruskan pengajian.
Pengerusinya, Mustapa Mohamed, berkata dengan adanya yayasan itu nanti, BN akan memastikan tidak ada lagi pelajar miskin di Kelantan akan tercicir.
"Kita akan menubuhkan Yayasan Darul Naim ini khusus untuk semua kaum," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Wat Machimmaram.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata wang ihsan yang diberikan kerajaan Pusat sebanyak RM25 juta sebelum ini akan dimanfaatkan bagi membantu pelajar miskin termasuk diagihkan kepada pelajar Tingkatan Enam Rendah dan Atas di Kelantan.
Mustapa berkata sejak Najib menerajui negara sebagai Perdana Menteri, rakyat berbilang kaum kini sudah semakin menerima kepimpinannya.
"Kita rakyat Kelantan mahu bersama-sama dalam arus ekonomi negara dan bersama merasai apa yang sepatutnya diterima," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan