Pengikut

Selasa, 22 Jun 2010

FAEKAH HUSIN SETPOL MB SELANGOR





Faekah Husin malam ini diumumkan sebagai sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memasuki Pejabat Menteri Besar mulai 1 Julai ini.

Faekah, 45, sebelum ini merupakan peguam memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1984.

Pada Mei 2008, beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Selangor (Unisel) sebelum dilantik menjadi Setiausaha Syarikat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Dalam PKR, beliau pernah memegang jawatan termasuk Setiausaha Keadilan Selangor dan Ahli Majlis Pimpinan Wanita parti hingga 2004.

Sementara itu, Nik Nazmi akan memulakan tugas di Ibu Pejabat parti pada tarikh yang sama.

Beliau dikatakan beralih jawatan kononnya dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan