Pengikut
Isnin, 21 Jun 2010
ROMBAKAN PKR:PERUBAHAN BARISAN KEPIMPINAN NEGERI DAN PUSAT
PKR dijangka membuat beberapa perubahan pada barisan kepimpinannya dalam satu rombakan yang mungkin diumumkan hujung minggu ini. Beberapa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri dan Ketua Biro parti dijangka diganti manakala beberapa lantikan baru akan mengisi jawatan Majlis Pimpinan Pusat, badan pembuat keputusan parti.
Terdapat beberapa perubahan yang akan diumumkan kemudian oleh kepimpinan parti, kata Setiausaha Agung PKR.
Saifuddin berkata parti itu dijangka mengumumkan rombakan tersebut selepas mengadakan permukiman di sebuah hotel di Shah Alam hujung minggu ini. Terdapat spekulasi bahawa dua bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng, yang merupakan anggota majlis pimpinan pusat, akan diberi peranan lebih besar.
Zaid kini mengetuai sekretariat pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS manakala Chua menganggotai biro politik parti. Terdapat desas-desus bahawa ketua komunikasi parti Jonson Chong akan diganti dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga SETPOL Menteri Besar Selangor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan