Pengikut

Selasa, 22 Jun 2010

ROSMAH MANSOR JADI MENTERI ?





Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan hanya mengambil alih pelaksanaan Program Permata Negara mulai 2012 iaitu selepas dua akta berkaitan dipinda di Dewan Rakyat, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara berkata, mengikut perancangan awal, pengambilalihan itu dilaksanakan pada Mac tahun depan, tetapi pindaan kepada Akta Pelajaran 1996 dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 memerlukan masa untuk diperhalusi.

Beliau berkata, sebahagian Taska Kemas dan Taska Perpaduan telah mematuhi pendekatan kurikulum yang digunapakai oleh Permata Negara.

Mengenai rancangan memperkasakan Program Permata Rosmah berkata ia membabitkan pembinaan dan penaiktarafan 70 buah Taska Kemas, 27 buah Taska Perpaduan, lapan buah Taska Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan 20 buah Taska Tempat Kerja/Komuniti.


Rosmah juga berkata, taska swasta yang berminat menggunapakai kurikulum Permata Negara boleh memohon lesen melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ataupun Kementerian Pelajaran untuk berbuat demikian.


1 ulasan:

  1. pergh...sapa xcaya cakap dia sah..mmg baru keluar dr gua..kan dh jelas lagi bersuluh..dialah Perdana Menteri Malaysia...bukan isterinya..ooopsss..

    BalasPadam