Pengikut

Selasa, 22 Jun 2010

PERAK NEGERI PERDAGANGAN CHINA






Ekspo Barangan Wenzhou menjadi batu loncatan dalam menjadikan Perak sebagai sebuah negeri perdagangan China.

EXCO Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Hamidah Osman berkata, lebih 50 syarikat dari Wenzhou itu menjadikan Ipoh sebagai bandar perdagangan.

Menurutnya, secara tidak langsung ia memberi kelebihan dari sudut ekonomi kepada penduduk tempatan dalam menyediakan perkhidmatan perhotelan, makanan dan sebagainya.

“Selain ekspo, lebih 50 syarikat bersetuju perdagangan Wenzhou di Ipoh. Negara luar yang hendak berdagang di Wenzhou akan berdagang di bandar ini.

“Perancangan jangka panjang pula, pelabur dalam proses membuka kilang di sini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat di Unit Perancangan Ekonomi Negeri di sini, semalam.

Hamidah berkata, seminar perniagaan turut diadakan dengan mengumpul lebih 100 syarikat tempatan dan 150 syarikat dari Wenzhou, China ini bagi membincangkan prospek perniagaan masing-masing.

“Hasil ekspo ini juga mendatangkan manfaat kepada syarikat tempatan dan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai industri di negeri ini.

“Antara barangan yang dipamerkan antaranya barangan elektrik dan bahan binaan,” katanya.

Ditanya mengenai Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang masih dalam proses menaikkan taraf menjadi faktor peningkatan ekonomi negeri, Hamidah berkata, peruntukan RM60 juta yang diluluskan oleh Kabinet untuk perkara itu.

“Dua minggu lalu, mereka ada datang untuk membincangkan mengenai spesifikasi, namun masih dalam proses mengeluarkan tender. Kita desak supaya ia dapat diselesaikan dan berharap dapat memulakan perkhidmatan dalam tahun ini juga,” katanya.

Ekspo Barangan Berkualiti dari Wenzhou, China akan diadakan selama empat hari bermula pada 24 Jun ini dan akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed. 50 gerai pameran diadakan melibatkan hampir 150 syarikat dari Wenzhou, China.



p/s: dulu anti sangat ke cina....sekarang ni lain pulak citer...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan