Pengikut

Rabu, 13 Mac 2013

TAK BERBAJU BOLEH KUTIP RM3.8JUTA. PASTI ROCK!





Selepas dua minggu tayangan, filem Rock Oo telah berjaya menarik perhatian penonton dengan kutipan tiket sebanyak 
RM3.8 juta.
 
Pengarahnya, Mamat Khalid berkata, walaupun kutipannya tidaklah besar jumlahnya seperti filem-filem 'boxoffice' lain pada tahun-tahun sebelum ini, dia tetap berpuas hati dengan pencapaian filem tersebut.

"Dalam keadaan kutipan industri filem tempatan yang agak muram sekarang ini, segala kutipan daripada Rock Oo amat memuaskan hati saya.

"Sejak ditayangkan pada 28 Februari lalu, saya menerima respons yang sangat baik daripada penonton dan ia akan dilanjutkan tayangannya sehingga Ahad ini.

"Malah penonton amat berpuas hati dengan Rock Oo berbanding filem pertama Rock (2005)," katanya kepada mStar Online.
Tambah Mamat, bagaimanapun masih terlalu awal untuknya memikirkan untuk menghasilkan 'Rock 3' pula.

Rock Oo terbitan Grand Briliance dan Naga AVXS Sdn Bhd merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula.

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan dan mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanah air.

Filem ini dibarisi pelakon Que Haidar, Khir Rahman, Shoffi Jikan, Pekin, Saiful Apek dan Azmi Black.

Sementara itu, menerusi portal rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang telah dikemaskinikan pada Selasa, filem Husin Mon & Jin Pakai Toncit arahan Mamat mendapat kutipan tinggi berbanding Rock Oo iaitu sebanyak RM5.85 juta.

Filem yang diedarkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd itu masih lagi ditayangkan di pawagam.



 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan