Pengikut

Khamis, 14 Mac 2013

APAKAH PKR TELAH MENYERAHKAN CHANGKAT JERING SECARA SUKA RELA?




Kemelut pembahagian kerusi  berlaku di peringkat DUN begitu juga dengan isu kerusi parlimen.

Selain beberapa isu panas yang melanda Pakatan Rakyat Perak, malah pembahagian kerusi juga telah membantutkan hasrat untuk mengumumkan calon.

Adakah PKR Perak telah bersetuju menyerangkan kerusi Changkat Jering sehingga YDP PAS Kuala Kangsar malam tadi telah mengumumkan YB Mohammad Nizar Mantan MB Perak sebagai calon di DUN Changkat Jering?

Apa yang penulis dipahamkan serta bertanya kepada beberapa orang kuat PKR Negeri, keputusan Pakatan Rakyat di peringkat Pusat masih mengekalkan status seperti mana pilihanraya 2008. Cuma hanya pertukaran DUN Lintang kepada PAS dan DUN Kenering kepada PKR yang telah dipersetujui bersama.

Persoalannya jika DUN Changkat Jering benar-benar telah diserahkan kepada PAS apakah pimpinan PKR Perak tidak dimaklumkan? Jadi apa fungsi Majlis Pakatan Rakyat peringkat negeri? Pakatan Harapan Rakyat

Tunggu jika ada berita yang menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan