Pengikut

Jumaat, 8 Mac 2013

LAGI SORANG PERTAHAN SAIFUL.JANGAN HERAN.KEH!KEH!




Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali berkata kenyataan 'pusingan U' yang dibuat bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tidak memeranjatkan.
 
Malah beliau sudah menjangkakan perkara sebegitu akan berlaku memandangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terdesak untuk membersihkan namanya sekali gus meyakinkan ahli dan pemimpin PAS bahawa beliau bersih dari salah laku moral serta layak menjadi Perdana Menteri ketujuh.
 
Bapa kepada Saiful, Azlan Mohd Lazim hari ini tampil membuat pendedahan kononnya Anwar adalah mangsa konspirasi pihak tertentu dan Ketua Pembangkang itu tidak meliwat anaknya.
 
Pendedahan itu dibuat Azlan hanya beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan.
 
"Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. 
 
"Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu," kata Hasan dalam satu kenyataan media.
 
Hasan berkata Anwar menyedari beliau perlu membersihkan namanya sesegera mungkin memandangkan PRU semakin hampir dan rakyat Malaysia tentunya menolak calon Perdana Menteri yang dibelit dengan dakwaan salah laku moral.
 
"Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah negara yang 65% penduduknya beragama Islam," kata Hasan.
 
Hasan juga menyatakan kesangsiannya kepada integriti Azlan yang sebelum ini dikenali sebagai seorang individu yang menghadapi masalah peribadi dan keluarga.
 
"Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. 
 
"Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka," ujarnya lagi.
 
Hasan dalam pada itu menjangkakan tindakan Azlan mengubah nada itu tidak akan membantu kelansungan politik pembangkang ekoran Saiful sendiri telah menegaskan tidak akan berganjak daripada dakwaan asalnya bahawa kes dirinya diliwat Anwar adalah benar.
 
Selepas beberpa jam Azlan membuat sidang media, Saiful bingkas membuat kenyataan balas dan menafikan tuduhan liwat itu adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.
 
Beliau yang sedih dan terkejut dengan tindakan bapanya itu memberitahu ahli keluarganya sebelum ini pernah didatangi pihak tertentu untuk mengganggu kes samannya terhadap Anwar.
 
Saiful sebelum ini mendakwa Anwar meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara dan membuat sumpah laknat dengan ditemani bapanya di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, 15 Ogos 2008.
 
Anwar sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan meliwat Saiful pada Jun 2008 setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak beberapa bukti pendakwaraya termasuk hasil keputusan DNA membabitkan Ketua Umum PKR itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan