Pengikut

Isnin, 11 Mac 2013

WANGSA WEE AKAN PERTAHAN.YAKIN MENANG BESO. KEH!KEH!





Wangsa Maju, salah satu daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur, bakal menyaksikan pertarungan sengit di Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) apabila Ahli Parlimen bebas, Wee Choo Keong mengisytiharkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi berkenaan.
 
Wee berkata, beliau telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di kawasan parlimen yang dimenanginya pada PRU ke12, 2008 lalu dan berasa bersemangat dengan sokongan padu yang diterima daripada pengundi di kawasan berkenaan.
 
Ahli Parlimen veteran terbabit menambah, beliau berjaya menggunakan pusat perkhidmatan dan blognya dengan berkesan membantu menyelesaikan permasalahan penduduk disamping membangkitkan isu-isu di kawasan berkenaan dan juga nasional.
 
"Hampir 10,000 penduduk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina yang saya anjurkan dan ramai meminta saya supaya bertanding. Berdasarkan sokongan yang sedemikian, adalah tidak adil bagi pengundi jika saya tidak mempertahankan kerusi yang saya menangi," katanya dalam satu temubual dengan Antarapos.
 
Belau, bagaimanapun mengakui berhadapan dengan tugas yang berat bertanding sebagai calon bebas tanpa sokongan jentera parti, namun menekankan bahawa calon bebas pernah memenangi pilihan raya sebelum ini.
 
"Janganlah diperkatakanbahawa mereka (pengundi) tidak diberi pilihan. Ianya bukanlah mudah; saya akan menentang dua gergasi," ujar Wee, yang memenangi kerusi berkenaan di atas tiket Parti Keadilan rakyat (PKR)  pada pilihan raya umum ke 12 2008 lalu sebelum menjadi ahli parlimen bebas dua tahun kemudian.
 
Kawasan Parlimen Wangsa Maju, yang majoritinya pengundi Melayu dilihat sebagai kerusi panas bagi PRU13, selepas wee menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN), Datuk Yew Teong Look dengan dengan kelebihan undi hanya 150 undi 2008 lalu.
 
Yew dan Datuk Shafie Abdullah dari UMNO dilaporkan sebagai calon pilihan utama bagi kerusi Wangsa Maju di PRU13 yag bakal diadakan bila-bila masa sahaja, manakala PKR berkemungkinan akan mengketengahkan bekas timbalan Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong.
 
Wee, aktif dalam bidang politik lebih 20 tahun, termasuk dua penggal sebagai Ahli parlimen Bukit Bintang. Sebelum menyertai PKR, beliau adalah ahli parti DAP dan juga pernah menubuhkan parti Parti Demokratik Malaysia (MDP).

1 ulasan:

  1. dia menang atas tiket pkr, jadi calon bebas gerenti hilang deposit.

    BalasPadam