Pengikut

Rabu, 6 Mac 2013

BAGI RM250 HUSNI KATE SOKONGAN BN MENINGKAT? KEH!KEH!


 (gambo hiasan semata-mata)

Selepas dihina oleh PAS dengan pelbagai kata-kata keji, para penerima BR1M terus memberikan sokongan pada program kerajaan memberikan mereka bantuan kewangan itu.
 
Perkara ini disah sendiri Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika bercakap pada media.

Husni ialah Ketua UMNO bahagian Tambun merangkap ahli parlimen berkenaan.

Kepada Husni tuduhan buruk itu meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada BN.

Kerajaan juga katanya tidak terganggu dengan komen negatif pembangkang kerana yang penting kerajaan mahu memastikan beban rakyat dapat dikurangkan menerusi pemberian BR1M.

Husni berkata pembangkang menggunakan emosi menarik sokongan rakyat tetapi “realitinya rakyat yang menerima BRIM tahu menilai apa yang kerajaan buat bermaknanya apa yang dinyatakan pembangkang dengan melemparkan pelbagai tuduhan buruk telah meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada kerajaan BN.’’"Golongan muda memberikan maklum balas yang positif dan mereka amat gembira kerana pertama kali mendapat BRIM,’’ katanya.

Menjawab soalan, beliau berkata sokongan golongan muda terhadap BRIM iaitu pemberian RM250 seorang juga sangat baik.

Seterusnye yop yong boleh baca  SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan