Pengikut

Selasa, 16 Jun 2009

BARISAN KEPIMPINAN AMK PERAK

SALAM PERJUANGAN ANAK MUDA...

Dengor ceritanya, Yb Yunus akan diangkat sebagai Ketua Pemuda PKR Perak yang baru.
Ketua Pemuda PKR Perak Anuar Zakaria kabarnya akan melepaskan jawatan kerana telah pun tamat tempoh dan ingin menumpukan tugas sebagai Setiausaha PKR Negeri Perak.

Perlantikkan YB Yunus telah mendapat restu hampir 80% daripada Ketua Pemuda PKR Bahagian.
Cuma, apakah tindakan Yb Kuala Kurau ini mampu menaikkan imej Pemuda PKR yang sering dilanda pergolakkan dalaman..satu persoalan, adakah Sdr Faisal Effendi Timbalan Ketua Pemuda PKR ini mampu mengekalkan jawatanya. Yb Yunus seorang yang cukup berpengalaman dalam menentukan barisan Pemuda PKR Perak

Bayangan saya, barisan kepimpinan ini hampir pasti berubah dalam 70% dan muka-muka baru pasti akan dibawa masuk bagi menjernihkan Pemuda PKR Perak.

Semoga Pemuda PKR Perak dapat memulihkan kembali imej PKR Negeri yang tercemar akibat lompatan yang terlalu jauh yang dibuat oleh YB Jamal serta YB Kapt Osman.

Tahiah YB Abdul Yunus Jamhari ADUN Kuala Kurau...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan