Pengikut

Rabu, 17 Jun 2009

PAS jangan terlalu bermegah....


salam perjuangan...
Setelah selesainya Muktamar PAS baru-baru ni, yang nyata isu Kerajaan Perpaduan yang diperdengarkan kepada Rakyat. Hampir semua kaum di Negara ini kelu, tidak berkata apa-apa..! Adakah PAS benar-benar ingin menjalinkan "Perpaduan" dengan UBN...?

UBN tu musuh politik PAS selama 50 tahun, tak kan kerana DS Najib telah jadi Presiden/ PM,
maka "golongan keduniaan" dalam PAS sanggup bersama dan duduk sebaris dengan UBN.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, dirampas didepan mata pepimpin PAS sendiri....tak ingat ke..?

PAS kini boleh "mendabik setinggi mana dada" mereka,kerana katanya semua kaum di negera ini telah pun memberi sokongan penuh kepada PAS...maka tidak perlu lagi PKR atau DAP dimasa akan datang,PAS boleh berdiri sendiri........eh! betoi ke ni?

Pak cik yakin, Pimpinan Ulamak di dalam PAS kini telah mula mengenal pasti siapa "Boneka UMNO". Golongan ini jugak lah yang telah menjahanamkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Barisan Pimpinan PAS Perak yang baru janganlah mempunyai sikap "keduniaan" yang berlebihan, kerana InsyaAllah selepas bulan September pasti akan ada PRK Negeri.Maka tentukanlah pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam membawa misi n visi PAS Perak bagi menghadapi PRK Negeri.
DPP Perak harus membuang sikap ego, sombong kepada rakan Parti. Hormatilah peranan AMK dan DAP Perak selepas ini. Janganlah terlalu mengatakan hanya yang beriman saja yang boleh memimpin Kerajaan.
sampaikan salam pada Pegawai Khas 1 MB (Amran) dan SETPOL MB ( Misbah) serta tulang belakang PAS ( Asmuni Alwi)..bermewahlah kamu dengan harta rakyat..

sekian,coretan pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan