Pengikut

Khamis, 8 Oktober 2009

NGAPE, TAK PERCAYE KE?

Cecair apa yang mengalir hingga ke dagu tu, air sirap ke...?

Polis menyifatkan laporan Harakahdaily hari ini berhubung serangan ke atas petugas parti itu di Bagan Pinang sebagai tidak benar kerana menyebut polis "tidak menjalankan tugas" semasa insiden berkenaan awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC II Abd Manan Mohd Hassan berkata kandungan laporan berkenaan, yang disiarkan akhbar web rasmi PAS itu, juga dianggap boleh "menjejaskan ketenteraman."

"Isi kandungan ini boleh menjejaskan ketenteraman (awam). Kita minta kepada penulis-penulis blog ini, kalau boleh, janganlah menulis perkara perkara yang tidak benar," katanya dalam sidang media di markas taktikal PDRM di Port Dickson petang ini.

Kan teman dah kabo tadi, sapa yang nak percaya Pemuda PAS ditetak...lain le kalau Ketua Mat Rempit yang kena tetak, baru orang percaya, Ketua Mat Rempit kena "cuit" sampai muntah-muntah-pening-pening tak sampai 2 minit Polis dah siasat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan