Pengikut

Jumaat, 30 Oktober 2009

KRISIS BN : LIOW MINTA ONG LETAK JAWATAN PRESIDEN



Krisis MCA akan terus berpanjangan, apabila Timbalan Presiden seolah-olah mahukan Presiden meletakan jawatan supaya EGM diadakan untuk mengadakan pemilihan baru.

Najib dalam sibuk-sibuk mengatakan PKR hilang kemampuan, manakala menganggap PAS telah berpecah, rupa-rupanya rakan UMNO itu masih bergolak dan akan terus bergolak...lebih baik jaga periuk sendiri daripada terus memecah-belahkan orang lain.

Kenyataan Ong Tee Kiat

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mencabar timbalannya yang baru dilantik, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya jangan berselindung tetapi sebaliknya berterus terang sekiranya mahu beliau meletak jawatan.

"Pemimpin tertentu parti tidak habis-habis bercakap yang saya perlu menghormati keputusan EGM. Ini jelas bermakna mereka mahu saya meletakkan jawatan.

"(Tapi), pada masa yang sama, mereka mendakwa mereka tidak memaksa saya supaya meletak jawatan. "Saya secara peribadi mendapati cara itu mengelirukan," tulis Ong dalam blognya.

"Jika timbalan presiden yang baru dilantik mahu saya meletak jawatan, supaya beliau boleh menjadi presiden, maka beliau harus berterus terang tentang pendiriannya itu.

"Kita tidak menyelesaikan masalah jika berselindung di sebalik semak," tulis Ong dalam blognya hari ini.

Menurutnya, pihak-pihak berkenaan juga menegaskan perlunya dihormati perlembagaan parti, yang merupakan kuasa tertinggi dalam mentadbir parti.

"Saya memberi jaminan kepada semua pihak, termasuk timbalan presiden dan mereka yang menyokong pandangannya, bahawa saya - dalam kapasiti saya sebagai presiden - tidak akan berbuat atau bertindak dalam apa cara sekalipun yang bercanggah atau menjalankan kuasa, di luar perlembagaan parti," katanya.Kumpulan 16 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA hari ini menyerahkan tuntutan rasmi supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi mengadakan pemilihan baru parti itu.

Mereka yang membuat tuntutan itu termasuk Naib Presiden Tan Kok Hon, Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.

Tuntutan rasmi itu di diserahkan oleh tiga pemohon yang juga anggota CC - Wong Nai Chee, Datuk Wee Jeck Seng dan Datuk Liew Yuen Keong - kepada petugas pejabat setiausaha agung di ibu pejabat parti di ibunegara jam 4.50 petang semalam. Mkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan