Pengikut

Ahad, 11 Oktober 2009

PAS...DAP...PKR / UMNO...MCA..,MAKKAL SAKTI







Keputusan PRK Bagan Pinang

PAS : 2578

BN : 8013

MAJORITI : 5435

UNDI ROSAK : 222
( Bujang Susah)



Apa yang menarik dalam pilihanraya kecil ini ialah kekalahan Pakatan Rakyat disemua peti undi dimana majoriti pengundi India. Sudah sampai masanya kita menilai, apakah sudah cukup retoric yang terungkap dipentas-pentas ceramah, ataupun sandiwara persepakatan yang hanya untuk mengabui mata pengundi.
( MSK)

Kemenangan Tan Sri Isa Samad dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang adalah merupakan suatu kegagalan kepada misi integriti nasional.Walaupun begitu, PAS menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik, namun malu dengan sikap Umno yang tidak akan membawa rakyat kepada kehidupan yang lebih baik kerana gagal memerangi rasuah.
( Kerabu Bersuara)


Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.Sebelum keputusan diperolehi lagi, ada yang sudah menyalahkan sikap para pemimpin PAS dalam jentera kempen di Bagan Pinang. Antaranya mengenepikan rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP. Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.
(KedahLine)

Pakatan Rakyat harus menyusun kembali Organisasi Pakatan Rakyat di Peringkat semua Parlimen. Kepakatan Rakyat di Peringkat Parlimen banyak yang longgar. Kemesraan antara 3 Parti yang bergabung ini harus lebih MESRA dan lebih BEKERJASAMA. Mungkin akan ada PRK lagi selepas ni, dan yang paling penting menghadapi PRU 13.
Bagaimana sokongan kaum India terhadap Pakatan Rakyat kini...?
3 Parti ini harus mengerakkan jenteranya di Peringkat Parlimen, perlu segera jika kita benar-benar berhajat untuk menakluk Malaysia. Selesaikan beberapa perkara penting yang selalu" melambatkan" pergerakan jentera di bawah.
DS Anwar sendiri mengharapkan agar selepas ini Pakatan Rakyat harus meneliti beberapa perkara yang serius.
( Perakkume)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan