Pengikut

Rabu, 14 Oktober 2009

PEDANG I.S.A SENTIASA DITENGKUK.....








Soal pulang dan bermastautin di Malaysia itu adalah soal prinsip. Prinsip saya pegang teguh, bukan kerana Chin Peng pegang saya dan tidak boleh tinggal di Malaysia, tetapi kami semua SEDAR, jika kami pulang dalam keadaan iklim POLITIK I.S.A tidak berubah, dimana hendak kami letakkan maruah kami sebagai manusia yang BEBAS dan MERDEKA.....

Saya terangkan kepada mereka semua(anak-anak) dengan sejelasnya, balik untuk melawat kampung halaman tetap saya akan lakukan tetapi untuk terus menetap di Malaysia, JANGAN HARAPLAH kerana dasar Pihak Berkuasa Malaysia terhadap kami nampaknya tidak pernah berubah, lagi pun PEDANG I.S.A sentiasa ditengkuk kami......

Saya tidak akan menjual nama dan harga diri hanya kerana untuk tinggal di Malaysia, 4-5 bulan mungkin dikenang, lepas tu kalau jatuh tersungkur tiada siapa yang peduli.

antara kata-kata Allahyarham Rashid Maidin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan