Pengikut
Jumaat, 16 Oktober 2009
ZAHID IBRAHIM BUKAN ZAHID HAMIDI
Ada betulnya apa yang dicakapkan oleh Datuk Zahid Ibrahim...kalau Datuk Zahid Hamidi yang bercakap macam ni memang nak mampus le dia, tak sampai 5 minit memang kena pecat.
Sudah sampainya pemimpin Pakatan Rakyat di Pusat , Negeri serta dibawah membaiki apa juga kelemahan yang ada. Belajar daripada kesilapan yang lalu.
Rakyat sedang menilai setiap Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat..kerana rakyat tidak boleh mengharapkan lagi Yang Berhormat BN untuk membantu mereka. YB-YB PR janganlah terlalu syok sendiri, syok dengan ego, syok dengan panggilan "YB". Rakyat Negara ini amat mengharapkan Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka, tapi bersediakah Pakatan Rakyat?
Kenyataan Datuk Zahid Ibrahim
Beliau menjelaskan bahawa masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan supaya rakyat benar-benar faham akan perjuangan Pakatan Rakyat dan ini juga memerlukan perbincangan sesama Pimpinan Tertinggi ke 3-3 parti dalam Pakatan Rakyat dalam menyusun dan merangka strategi agar Pakatan Rakyat benar-benar diterima majoriti pengundi menjelang Pilihanraya Umum ke-13.
"Saya memerlukan masa untuk meneliti dan seterusnya memperkukuhkan strategi seterusnya sebelum membawa cadangan pengukuhan tersebut kepada ke 3-3 pimpinan tertinggi parti gabungan Pakatan Rakyat"
"Saya amat-amat berharap supaya cadangan tersebut akan dipersetujui dan seterusnya dilaksanakan demi masa depan Negara Malaysia terutamanya".
"Kita memerlukan gabungan pembangkang yang kuat untuk menumbangkan Barisan Nasional kerana mereka (Barisan Nasional) mempunyai segala bentuk kemudahan yang diperlukan. tanpa kerjasama sepenuhnya dari ke 3-3 parti dalam Pakatan Rakyat, matlamat untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU-13 akan menjadi amat sukar"
"Kita sudah berada dalam gear terakhir menjelang PRU-13 dan adakah kita sudah bersedia untuk itu..?"
Tambah beliau lagi, mulai hari ini, apa sahaja aktiviti atau kenyataannya selepas ini bukanlah mewakili mana-mana parti sebaliknya datang dari dia sendiri. sebarang kenyataan dari Dato' Zaid datangnya dari Dato' Zaid dan bukannya mewakili sesiapa.
"Saya akan bergerak atas inisiatif dan tanggung-jawab saya untuk memastikan Negara Malaysia tidak lagi dikuasai oleh Barisan Nasional selepas PRU-13".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan