Pemuda Umno hari berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang" menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya.
Pemuda UMNO boleh sekat, tetapi rakyat belum tentu...
Perasuah diberi tepuk gemuruh semalam, itukah Pemuda UMNO?
Mengangkat martabat perasuah, perasuah disanjung terlalu tinggi.
Itukah Pemuda UMNO?
Dimana nilai-nilai dalam 4 Rukun yang baru diperkenalkan.
atau 4 Rukun UMNO menghalalkan rasuah-menghalalkan apa saja.
Itukah Pemuda UMNO?
"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.
"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009 hari ini.
Pemuda UMNO tak pernah kenal siapa itu Anwar?
Anwar bukan Rasul atau Nabi.
Anwar hanya manusia biasa.
Anwar tidak mahu rakyat terus dizalimi oleh UMNO.
Anwar tidak mahu melihat rakyat terus diperbodohkan oleh UMNO.
Anwar hanya mahu melihat rakyat hidup dengan aman dan selesa di negara ini. Anwar bukan Rasul atau Nabi.
Dalam ucapan sulungnya mengepalai pergerakan itu, beliau juga menuduh Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang tidak berpegang pada prinsip apabila tidak tegas mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
"Pakatan pembangkang tidak berprinsip seperti mana BN, kerana mereka tidak pun berpegang kepada perlembagaan.
UMNO lah yang sebenarnya tidak berprinsip. Sanggup mengadai nasib bangsa Melayu.
"Jika tidak, mengapa DAP, misalnya, tidak habis-habis menyerang kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan dibantu oleh PAS dan PKR yang langsung menolak ke tepi prinsip asas negara?" katanya di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
UMNO pernah menabal Raja di padang sekolah satu masa dulu.
UMNO lah yang menghancurkan kekebalan Raja-Raja Melayu.
UMNO mempergunakan Raja-Raja demi kepentingan Pemimpin.
Kenapa anda masuk PKR?
BalasPadamSebab geram takde tempat dalam UMNO. Niat nak kaya cepat. Nak songlap duit rakyat tapi orang lain pulak dapat. Jadi masukle PKR. Kononnya baik sangat,