Pengikut

Khamis, 8 Oktober 2009

KEADAAN BERGELORA DI PERAK


Satu Taklimat Presiden telah diadakan di Janda Baik baru-baru ini selama 2 hari. Taklimat Presiden diadakan untuk semua Pimpinan UMNO diperingkat Pusat, Negeri dan Bahagian. Nak jadikan cerita, ada le 3 ADUN UMNO di Perak ni tak hadir taklimat tersebut. Selidik punya selidik, rupa-rupanya 3 ADUN UMNO ni sedang "berperang" dengan Zambry Haram.
Apa yang ADUN UMNO ni mintak...deme minta nak jadi EXCO. Menurut sumbernya,
3 ADUN UMNO ni telah berjumpa dengan Zambry Haram cakap berdepan, kalau tak lantik jadi EXCO, ketiga-tiga deme ni tak kan hadir dalam Sidang DUN yang bakal diadakan serta akan istihar jadi "ADUN Bebas". Temaan bertanya pada diri teman, berani ke 3 ADUN UMNO ni nak buat tindakan sedemikian...? tak mustahil boleh berlaku benda ni. Kalau ikut sejarah, mana ada ADUN UMNO yang berani istihar nak jadi "bebas" melainkan Dato Nasa je, itu pun sudah nye lompat balik. Difahamkan, 3 ADUN UMNO ni minta jawapan daripada Zambry Haram sebelum Sidang DUN diadakan...
Mengenai "surat kecemasan" yang diterima Zambry Haram, adalah surat supaya DUN dibubarkan , surat tersebut daripada........?
Kadang-kadang rimas juga dengan keadaan politik Perak ni, macam-macam cerita ada.
Kita tunggu je apa akan jadi seterusnya tsunami politik Perak.
Sebagai Orang Islam kita harus percaya bahawa ALLAH SWT ada perancanganNya sendiri.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan