Pengikut

Rabu, 7 Oktober 2009

SPR "SAWAN BABI" LAGI

SPR "wajib" menangguhkan PRK Bagan Pinang berikutan pertindihan nama dalam daftar pemilih..SPR yang sering dikaitkan sebagai salah satu komponen BN masih dengan kerja lamanya untuk memenangkan BN...Masalah yang sama sering timbul dimana-mana Pilihanraya Raya ataupun PRK. SPR nampaknya masih belum bersedia untuk benar-benar bebas seperti yang rakyat harapkan.

Berikut adalah kenyataan Naib Presiden PAS, Sdr Salahudin Ayub:
PAS berkemungkinan akan mendapatkan injunksi bagi menangguhkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyelesaikan isu pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilihan yang dikeluarkan suruhanjaya berkenaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PAS kini sedang menimbang untuk menggunakan peruntukan undang-undang jika SPR masih berdiam diri mengenai isu tersebut.

"Ya, bagi tindakan jangka pendek ialah kita akan mendapatkan injunksi untuk menangguhkan pilihan raya sehingga isu ini diselesaikan," katanya dalam sidang akhbar di sini pagi Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaannya sebelum ini bahawa PAS mempunyai bukti yang kukuh bagi mendedahkan mengenai kewujudan pertindihan nama dalam daftar pemilih SPR.

Kata beliau, pertindihan yang dimaksudkan ialah nama bagi seseorang pengundi itu telah didaftarkan di dua kawasan iaitu satu daripadanya menggunakan kad pengenalan tentera dan satu lagi didaftarkan menggunakan kad pengenalan awam.

"Satu nama boleh mengundi di kem tentera di sini dan satu nama lagi berdaftar dan boleh mengundi di Kelantan," katanya.

Menurut Salahuddin lagi lebih daripada 500 pengundi yang nama mereka telah didaftarkan di dua kawasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan