Pengikut

Rabu, 14 Oktober 2009

MENANGIS KONON....!!!!




Ketua Wanita Umno Bahagian Wangsa Maju mengalirkan air mata ketika membahas usul ucapan dasar Ketua Pergerakan Wanita hari ini kerana sedih dengan masalah masyarakat Melayu kini yang seolah-olah terpaksa mengemis di negara sendiri.
Reaksi spontan Normah Mohd Saman yang mewakili Wilayah Persekutuan itu turut dikongsi perwakilan lain berikutan tersentuh dengan kata-kata nasihat yang disampaikan wakil Wanita berkenaan
"Jika kita patuh dengan amanah itu, tidak mustahil kita berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Wanita perlu ingat, kerana berpecah belah ekonomi kita dicuri, anak kita disesatkan dan gejala sosial berterusan."Sekarang ini, kita berdepan pelbagai rintangan termasuk politik wang dan bahaya rasuah yang sudah menjadi darah daging masyarakat kini," katanya dengan nada sebak.
Sepatutnya Perwakilan Wanita buat usul supaya Isa Samad meletakkan jawatan sebagai ADUN Bagan Pinang kerana terlibat dengan Politik Wang termasuk juga Ali Rustam sehingga kini masih kekal sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun telah disabitkan dengan penyakit darah daging UMNO itu.
Siapa yang menyesatkan anak Melayu kalau bukannya UMNO. UMNOlah perosak Bangsa Melayu serta mencuri segala harta yang ada di Negara ini..
Menangis konon...tak sedar diri!

2 ulasan:

  1. Bhai...

    Bukan tak sedar diri.. tapi terlupa jer.. hahahaha

    BalasPadam
  2. Wanita UMNO tak lua lirik...tetapi lupa diri dan lupa solat.

    Yang menangis dan ketawa diperwakilan itu adalah sebahagian besarnya pengamal-pengamal rasuah.

    BalasPadam