Pengikut

Selasa, 27 Oktober 2009

HJ OSMAN vs HJ MUS




PKR Perak pasti berwajah baru selepas jam 3.00 petang ini. Hj Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri sudah pasti akan menyusun semula barisan yang di tinggalkan
Hj Osman . Beberapa muka baru sudah pasti diangkat untuk menguatkan PKR Perak.

Walaupun timbul rasa tidak puas hati dikalangan beberapa Ketua Cabang, tapi akhirnya mereka "dipaksa" akur dengan keputusan Ketua Umum.
Sikap tidak puas hati memang akan timbul, tapi biasalah manusia...., mana boleh lari dari sifat ini.

Beri peluang kepada PMPN yang baru ini, walaupun terlalu banyak peluang yang sudah DSAI berikan kepada Hj Mus...
Timbalan Ketua Pemuda PKN..
Setiausaha Agung...
Naib Presiden...
Pengerusi Perhubungan Terengganu..
Pengerusi Perhubungan Sarawak..
Seharum..
Menjana Tenaga Kemenangan..
Malaysia Untuk Semua...

Apa yang ahli parti harapkan, buatlah yang lebih baik, kerana Nakhoda sebelum ini dianggap "tidak baik" , tidak mesra, tiada imej kepimpinan, tiada budi bahasa, pembelot....!!!

Kukuhkan jambatan...jangan robohkan!
PKR Perak dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan maruah Pakatan Rakyat yang tercemar. Jangan sibuk melayan 2-3 kerat pemberontak di dalam PKR.
Kukuhkan Cabang, Ranting itu agenda utama, bukan bergaduh sepanjang masa.

Kepada Hj Osman, terima kasih teman ucapkan diatas pengorbanan yang "SEDIKIT" sepanjang menjadi PMPN selama 10 bulan. Cabaran paling getir yang beliau lalui, apabila sahabat baik beliau, Jamal ambil keputusan untuk tinggalkan parti. Caci- maki, sumpah- seranah beliau terima, belum masuk sms..antaranya : Hoi! haji pembelot, mampus kau!!!!
Kini berakhir segalanya....

Hj Osman...teman mintak maaf, segala tutur kata kesat yang teman lemporkan pada hj.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan