Pengikut

Jumaat, 9 Oktober 2009

SEPERTI BIASA LE....



Seperti biasa, yang "mereport" , yang mengadu akan dipanggil pihak Polis untuk beri keterangan. Mungkin pihak Polis tak cukup bukti nak siasat...

Polis meminta Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub serta penulis portal berita Malaysian Insider dan Harakah Daily tampil memberi keterangan berhubung dakwaan yang mengelirukan kononnya penyokong parti itu dikasari dan diserang oleh ahli UMNO hingga mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam blog berkenaan Salehuddin telah memegang sekeping gambar berkaitan kejadian itu dengan gambaran kecederaan yang teruk ke atas mangsa.

Tetapi kata beliau, gambar mangsa cedera yang ditunjukkan oleh Salehuddin dan disiarkan dalam kedua-dua portal berita itu berbeza dengan orang yang dilaporkan kepada polis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan