Anak-Anak Muda Pakatan Rakyat Perak akan berhimpun di Lumut bagi menyatakan bantahan terhadap Zambry Haram supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri. Himpunan ini akan diserikan dengan Perlancaran Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak di tengah-tengah Bandar Parlimen Lumut. Paling menarik himpunan ni dibuat dimana 2 MB Perak berada dibawah
1 Parlimen , 1 MB SAH dan 1 MB HARAM, menarikan.....?
Himpunan ni dijangka akan mengamatkan Parlimen Lumut dengan gabungan Anak-Anak Muda dari ketiga-ketiga parti PAS,DAP,PKR ( DPP, DAPSY,AMK ) Melayu, Cina, India, Serani, semua bangsa.....
Setakat maklumat yang teman terima, Himpunan ini akan diakhiri dengan Pentas Anak Muda di Pulau Pangkor, disitulah beradanya MB Haram. Himpunan serta Perlancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak akan diadakan pada 24.10.2009.
Sama ada berjaya atau tidak...biarlah ALLAH saja yang Menentukan.
Semoga berjaya dilaksanakan walaupun sudah pasti banyak halangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan