Pengikut

Rabu, 30 September 2009

ALLAH ADA PERANCANGANNYA.....



"Sebaagai manusia kita WAJIB teruskan usaha sedaya mampu...biarlah ALLAH

dengan perancanganNya"

Dengan berlakunya banyak kes yang mengurangkan populariti BN kali ini, ia mungkin akan menggugat keputusan berbanding dengan pilihan raya umum 2008. Namun, kemenangan masih di pihak BN disebabkan undi pos nanti.

Edarlah ribuan kronologi kes Teoh Beng Hock. Sebarlah foto sekumpulan Melayu yang memijak kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor. Dedahkan jumlah skandal PKFZ berjumlah RM12.5 billion.

Di dalam politik, PR boleh cetak ribuan gambar istana Khir Toyo yang didakwa berjumlah RM24 juta. Ceritalah mengenai Altantuya dan Rosmah. Ketawakan Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Ketawakan Samy Vellu dan Subramaniam.

PR perlu terima hakikat bahawa pengundi pos akan menjadi penentu; sehingga ada pengundi-pengundi pos mengakui ada pihak ketiga yang mengundi bagi pihaknya. Namun, parti komponen BN iaitu SPR masih tetap mahukan undi pos.

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.MerdekaReview


Tiada ulasan:

Catat Ulasan