Pengikut

Isnin, 7 September 2009

TAHUN 5 SUDAH JADI PENAGIH DADAH-1 MALAYSIA



Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara pro aktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

"Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran.

"Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara proaktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani "Term of Referrence" dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini hari ini.

Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.

Bagi musim perayaan, pemandu-pemandu bas juga akan diawasi daripada gejala ini.

1 MALAYSIA- adakah boleh membebaskan Rakyat daripada gejala dadah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan