Pengikut

Rabu, 16 September 2009

1 ron..1 hensem..1 boroi


Malaysia akan menyertai Kejohanan Dunia Formula Satu (F1) melalui pasukan negara, 1Malaysia F1 Team bermula tahun hadapan selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menerima bidaan Malaysia untuk menyertai kejohanan itu.

AlhamduLiLLah...1 lagi kejayaan negera.
Dengan Rizab Emas negara hilang entah kemana, keadaan ekonomi semakin perit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak( ron ) berkata, 1Malaysia F1 Team merupakan usahasama antara sektor awam dan swasta yang menggabungkan pengalaman Proton dan Lotus Sportscar serta disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Bukan sikit punya belanja ke projek ni? Orang Kampung nak tau ke semua ni..?

Macam mana dengan harga padi, kelapa sawit, getah.....? akan membantu ke..?

Najib berkata, kereta lumba 1Malaysia F1 Team akan menggunakan kepakaran Malaysia secara keseluruhan memandangkan ia akan direkacipta oleh rakyat Malaysia, dibuat dan diuji di SIC serta kumpulan yang mengendalikan pit stop juga terdiri daripada rakyat Malaysia.

Betoi le tu, rakyat yang macam mana..? anak-anak di kampung masih ada lagi yang tak pegi sekolah?

Bagaimanapun katanya, usaha ini bukan satu pembaziran memandangkan ia memberi pendedahan yang besar kepada negara dan jenama Proton serta Lotus.

Memang le tak membazir, kalau membazir tak kan sanggup buat benda ni..!!!

"Maknanya kalau kita nak eksport Proton menggunakan enjin Lotus dan sebagainya, kita perlu menentukan jenama kita mantap supaya ia lebih dikenali dan diterima di peringkat antarabangsa.

"Terdapat elemen pemasaran yang kukuh di sebalik usaha ini, maknanya ia bukan dilihat sebagai kegiatan sukan semata-mata tetapi ada unsur pemasaran untuk Proton dan Malaysia pada keseluruhannya.

1 barang 1 ringgit, ada lain-lain harga...1 barang 1 ringgit,

ada lain-lain harga..( ulang banyak kali )

( kata tokey jual barang plastik di pasar malam)

Selain itu katanya, rakan-rakan usahasama seperti Air Asia Berhad dan Kumpulan Naza akan turut mendapat faedah kerana jenama tersebut akan turut dipopularkan di peringkat antarabangsa.

Untung puak-puak ni yeee...


==============================================================

kulit sawong matang, ada member kata HENSEM!!

yang lagi 1 ni, perut memang " BOROI ". Makan rasuah banyak sangat..boroi le!

dan bersembang dengan gemuk-gemuk orangnya,

lantak le dia !!

ada untung ke semua ni..?

nak untung, jual " orang " le....

2-2 tak guna....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan