Pengikut

Isnin, 28 September 2009

SAMY VELLU PASTI ICU@CCU


Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau mengambil keputusan untuk menghadiri pelancaran Parti Makkal Sakthi Malaysia kerana langkah itu perlu untuk mendapatkan sokongan buat BN, bukannya membelakangi MIC.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Najib ketika ditanya mengenai usaha BN mendampingi parti-parti diterajui pemimpin yang telah terpisah daripada MIC, beliau berkata, apa yang penting ialah mereka (pemimpin ini) menyokong kerajaan.

"Masyarakat India akan melalui proses menentukan perwakilan politik... saya melihat ini sebagai tempoh peralihan. Sama ada mereka berada dalam BN atau di luar, yang penting mereka menyokong BN," kata Najib dengan Samy Vellu dan tiga Naib Presiden MIC berada di sisinya.

Sama ada parti-parti itu akan dibawa masuk ke pangkuan BN, Najib yang juga Presiden Umno memberitahu, ia terserah kepada Dewan Tertinggi BN untuk menentukannya.

Apa macam Samy...ada baik ka?

Pi oversealah tanam rambut!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan