Pengikut

Sabtu, 12 September 2009

MELAYU BERSEKUTU DAN TIDAK



Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai benderanya yang tersendiri sehinggalah tahun 1946. Bendera itu mempunyai empat jalur yang terdiri daripada empat warna berbeza; mengikut turutan daripada atas ke bawah iaitu putih, merah, kuning, dan hitam. Gabungan mana-mana warna terbabit dapat membentuk warna untuk negeri-negeri terlibat; merah, hitam dan kuning untuk Negeri Sembilan; putih dan hitam untuk Pahang; hitam, putih dan kuning untuk Perak; dan merah dan kuning untuk Selangor.

MELAYU
TIDAK BERSEKUTU

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah sekumpulan lima buah Negeri-Negeri Melayu. Negeri-negeri itu ialah:

Kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri berikut sebagai satu entiti tetapi hanyalah sebagai satu terma untuk menerangkan tentang negeri-negeri Melayu berkenaan. Johor1885 dan akhirnya tunduk kepada tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904. menandatangani Perjanjian perlindungan pada tahun

Dibawah Perjanjian Bangkok 1909, Siam (kini Thailand) memindahkan hak-hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada pihak British. Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Pegawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai "Penasihat".

Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.

Kesemua negeri ini kemudiannya menyertai Malayan Union dan sekarang merupakan sebahagian daripada Malaysia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan