Pengikut

Jumaat, 25 September 2009

2 ADUN PAS LETAKLAH JAWATAN


Dato Hassan dah ada 2 ADUN PAS + 1 ADUN PKR ( P.Kelang)
Sehingga kini, PAS Pusat hanya menyatakan kekesalan terhadap kenyataan PJ PAS Selangor tetapi tiada apa tindakan susulan. Daripada maklumat 2 ADUN PAS kini telah bersetuju untuk bersama Dato Hassan bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS di Selangor.
Takut sangatkah PAS Pusat untuk mengambil tindakan terhadap Dato Hassan serta 2 lagi ADUN PAS ini. Mengapa tidak paksa saja mereka-mereka ini diminta untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN atau biarkan mereka-mereka ini menjadi ADUN BEBAS...?
Perosak , tiada pendirian , tamak kuasa, jahil Agama.....
Bila berlakunya krisis di Perak, orang PAS lah yang paling kuat maki-hamun Jamal Osman, orang PKR tak ada baiah, tak ada asas Agama..macam-macam lagi.
Sekarang...PJ PAS Selangor sendiri bersama kuncu-kuncunya, apa tak maki-hamun?
Ingat..manusia ni kalau masih belum diuji ALLAH SWT boleh lah cakap macam-macam, dah diuji baru tau macam mana...
Presiden PAS harus buat keputusan segera sebelum nama baik PAS dicemar!!!!!!!

1 ulasan:

  1. Salam.....

    Artikel anta nih bersandarkan fakta atau bersandarkan rasa hati dan andaian? Atau sekadar artikel nak lepas geram dan dendam?

    Ok. Kita anggapkan "sangkaan" anta tu betul. Hassan Ali + 2 ADUN PAS + ADUN PKR Pelabuhan Klang akan lompat.

    Soalan ana, MEREKA DAH LOMPAT KER?

    Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu dihentam teruk sebelum mereka lompat atau selepas mereka lompat?

    Rasanya keduan duanya tidak pun dihentam walaupun ura ura mereka nak lompat tu dah diketahui umum.

    Begitu juga halnya dengan Hassan Ali and The Gang. Mereka belum lompat walaupun ura ura tu ada.

    Jika mereka terus dimakihamun sedangkan "ura ura" itu tidak menjadi kenyataan, bukankah itu dosa kering namanya kerana yang "dimakihamun" itu sebenarnya tidak wujud pun.

    Jangan menulis untuk lepas geram kerana kenyataan tetap kenyataan. Itu realiti namanya.

    Namun, janganlah memaksa imaginasi "lompat" untuk menjadi realiti "lompat".

    Anda tidak perlu menulis artikel bercorak lepas geram seperti ini. Anda juga tidak perlu "memanaskan" kami agar menghentam Hassan Ali and The Gang kerana analah akan menjadi orang pertama "membungkus" Hassan Ali and The Gang jika sungguh mereka berubah menjadi katak.

    BalasPadam