Pengikut

Rabu, 30 September 2009

PAKATAN RAKYAT TIDAK WUJUD


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan parti-parti dalam pakatan pembangkang, kecuali PAS, bahawa mereka tidak layak menaikkan bendera, simbol parti, gambar pemimpin atau apa saja dalam Pilihan Raya Kecil Negeri Bagan Pinang.

“Larangan ini sebab mereka tidak membayar deposit bahan kempen, mereka tidak membayar deposit pilihan raya dan kenapa mereka nak tumpang?...tak boleh,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

“Macam parti Barisan Nasional (BN). Dia gabungan 14 buah parti dan mereka berdaftar. Kalau pakatan pembangkang berdaftar, tak mengapalah,” katanya.

Wan Ahmad bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan siri pertama taklimat kepada 277 pegawai yang akan menguruskan pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, dalam istilah SPR, Pakatan Rakyat tidak wujud sebab SPR hanya iktiraf parti yang berdaftar. Pakatan itu terdiri dari tiga parti - PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan