Pengikut

Rabu, 12 Mei 2010

2 HERO MELAYU BANGKIT MENENTANG MAMAK UMNO

PERAKKUME


MP Bayan Baru, Zahrain dan YB Senator Ezam dibidas kerana didakwa mempunyai agenda tersembunyi bagi menjatuhkan reputasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusof Latiff menyelar mereka apabila membuat kritikan dalam isu kerugian Pos Malaysia Berhad.

Menurut Mohd Yusof, kritikan yang dilemparkan oleh Zahrain dan Ezam itu seolah-olah menunjukkan mereka mempunyai agenda tersendiri apabila membuat kenyataan menerusi media massa berhubung perkara itu.

"Apakah mereka ini mempunyai agenda yang tertentu. Tindakan mereka berdua ini memberi pandangan negatif masyarakat umum terhadap Pos Malaysia Berhad yang mengalami kerugian setelah ianya dipertikaikan melalui media massa, secara tidak langsung ianya menjejaskan kredibiliti Tan Sri Nor Mohamed,” katanya.

Tambahnya, walaupun mereka berdua melahirkan pandangan peribadi, namun begitu ia tidak sepatutnya disalurkan melalui media massa.

Katanya, kritikan itu juga menunjukkan mereka mempunyai agenda tersendiri dan tidak langsung membantu bagi memulihkan kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia Berhad.

Mohd Yusof berkata demikian sebagai mengulas kritikan Zahrain dan Ezam melalui media massa mengenai kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia Berhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan