Pengikut

Khamis, 20 Mei 2010

MERAMAL PRU KE 13

PERAKKUME




Kemenangan DAP-PR dalam PRK Sibu ini semestinya cukup memberangsangkan buat penyokong PR, malah menyuntik keyakinan mereka dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, seandainya DUN Sarawak dibubarkan. Tetapi, Tian Chua masih meluahkan kekhuatirannya setelah melihat kepada apa yang berlaku ketika beliau berkempen di sana.


Tian Chua menganggap DAP, malah PKR masih memberi persepsi "parti elit", melihat kepada calonnya yang berkecimpung di arena politik sebagai peguam. PR amat memerlukan pemimpin dan kekuatan yang dibina di peringkat akar umbi.


Tian Chua mengambil contoh aduan bahawa pemimpin PR diusir dari rumah panjang, kononnya kerana tekanan daripada pihak musuh politik. Beliau menganjurkan pandangan bahawa kemungkinan pemimpin pembangkang diusir kerana kekurangan dari segi ekonomi yang dihadapi Tuai Rumah.


"Mengikut adat kaum asli, tuai rumah perlu melayan tetamunya dengan jamuan. Namun, keadaan ekonomi yang terjejas kerana monopoli beberapa kerabat di Sarawak, menyebabkan Tuai Rumah kini serba kurang dari segi ekonomi. Kedatangan kami mungkin menyusahkan, malah mengaibkan mereka seandainya mereka tidak mampu menyembelih haiwan untuk dijamukan kepada kita," jelasnya.



Malah, Tian Chua berkongsi pengamatannya bahawa jentera pilihan raya kecil kali ini diambil alih oleh pusat, satu fenomena yang dikongsi bersama BN mahupun PR. Kekurangan dari segi kerahan tenaga diisi dengan orang dari Semenanjung. Namun demikian, Tian Chua mempertikaikan sejauh manakah model kempen ini diterapkan kepada peringkat akar umbi tempatan, agar mereka boleh menjana jentera ini sendiri apabila masuk gelanggang pilihan raya negeri, malah pilihan raya umum.


Pilihan raya bukan masa terbaik untuk promosi demokrasi



Golongan akar umbi, golongan yang tidak boleh dipandang remeh dalam politik, kerana ia merupakan sumber undi. Ong Boon Keong sebagai pemerhati pilihan raya, dan aktivis yang giat menggerakkan pendaftaran pengundi di Malaysia Timur, menyeru agar lebih ramai menyertai usaha mereka.



"Pada hakikatnya, tempoh pilihan raya bukanlah masa terbaik untuk mempromosi demokrasi, kerana penduduk tempatan akan menganggap bahawa kita mempunyai motif politik," katanya.



Ong Boon Keong juga menyindir pemimpin PR yang hanya mengadu "penyelewangan dan ketidakadilan" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seandainya kalah dalam pilihan raya. "Dalam PRK Kuala Terengganu, pemimpin PAS memuji SPR setelah menang," sambungnya, sebelum menambah, "Padahal, penyelewengan berlaku setiap kali dalam pilihan raya..."





OLEH:Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview



Tiada ulasan:

Catat Ulasan