Pengikut

Isnin, 17 Mei 2010

PAS CADANGKAN KEPADA PKR SUPAYA...?

PERAKKUME


Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju mencadangkan agar Ahli-Ahli PKR supaya diTarbiyyah supaya setia dengan Parti...


Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju pula menyifatkan tindakan , Wee yang mengistiharkan keluar daripada PKR sebagai 'pengkhianat'.

“Beliau sepatutnya malu dengan para pengundi di Parlimen Wangsa Maju yang telah memilih beliau sebagai wakil kepada mereka ke parlimen bagi menyuarakan masalah mereka di peringkat pusat di dalam Pilihan Raya Umum yang ke 12 (PRU 12) yang lalu.

“DPPWM juga merasakan alasan yang diberikan oleh beliau yang mana 'kononnya' tidak berpuas hati dan kecewa dengan cara parti dan kerajaan Selangor menangani isu pasir menerusi Kumpulan Semesta Sdn.Bhd. (KSSB) boleh dianggap sebagai bohong,” kata ketua pemudanya, Rohizad Aznan dalam kenyataan media hari ini.

“Ini kerana jika dilihat akan tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jauh lebih telus jika berbanding dengan cara Umno/BN memerintah Selangor sebelum in.,” katanya.

Menurut Rohizad desas-desus Wee meninggalkan PKR telah bertiup kencang pada hujung tahun 2009 lagi dan tindakannya juga diragui kerana mengumumkan perletakkan jawatan secara tergesa-gesa dan ketika kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu sedang hangat berlangsung.

“Implikasi daripada kes ini, DPPWM menyarankan agar PKR patut lebih berhati-hati dalam memilih calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya yang akan datang.

Ahli PKR juga disarankan agar ditarbiyyah supaya setia kepada kepimpinan dan parti walau dalam apa jua keadaan. DPPWM juga sedia membantu dalam proses mentarbiyyah ahli jika ia memerlukan, “ katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan