Pengikut

Isnin, 31 Mei 2010

JANGAN HERET NURUL IZZAH-EZAM





1. Saya tidak mahu Nurul Izzah diheret dalam hal ibubapanya kerana beliau terlalu muda dan tidak tahu apa-apa.


2. Saya tidak mahu aibkan Anwar, Wan Azizah dan keluarga mereka dan hanya sekarang untuk pertahankan maruah saya setelah difitnah terlibat dengan konspirasi kes liwat Saiful Bukhari baru-baru ini.

3. Justeru itu, ianya bukan soal habuan. Apakah mereka lupa saya pernah bela Anwar selama 10 tahun, dan saya turut sama merengkok dalam penjara ketika Anwar hanyalah seorang banduan yang pastinya tidak boleh memberikan apa apa habuan kepada saya. Kalaulah habuan menjadi perkiraan saya, sudah semestinya saya tidak akan membela seorang banduan sehingga saya sendiri ke penjara.



4. Saya tegaskan sekali keputusan saya tinggalkan Anwar adalah kerana prinsip sebagai seorang Islam dan bukannya kerana habuan.



5. Saya sanggup bersumpah demi untuk mempertahankan kenyataan saya, dan saya cabar Anwar dan Wan Azizah bersumpah sama.



6. Saya menggesa Anwar dan Wan Azizah agar tidak mengheret anaknya dan sesiapapun dalam hal liwat ini, hentikanlah sandiwara. Rakyat sudah terlalu lama ditipu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan