Pengikut

Khamis, 20 Mei 2010

RUGI RM 964 JUTA, BOLEH KATA TAK APA !

PERAKKUME


PM Negara Malaysia, Najib Razak berkata Sime Darby Bhd perlu menentukan dahulu sebab ia mengalami kerugian RM964 juta sebelum menimbulkan isu kebertanggungjawaban.

"Kita perlu menyiasat sebab berlakunya kerugian itu terlebih
dahulu.

Kita tidak boleh berbuat apa-apa mengenai
kebertanggungjawaban pada masa ini," kata Najib.

Najib mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir , bahawa tanggung jawab terhadap kerugian di dalam Projek Bakun perlu dikongsi oleh semua pihak yang terbabit di dalam isu itu.

Semasa mengumumkan kerugian berkenaan pada minggu lalu, Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid, untuk bercuti.

Ia melantik Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pemangku CEO Kumpulan sementara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan