Pengikut

Khamis, 20 Mei 2010

ROSMAH MANSOR DAH MELAMPAU !

PERAKKUME



Isteri kepada Perdana Menteri, Rosmah Mansor didakwa cuba mengambil alih peranan Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Menteri Wanita, Pembangunan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai tokoh wanita di negara ini.

Ini berdasarkan kepada usaha Rosmah yang kini semakin mendominasi dan membayangi pengaruh Shahrizat dengan menggunakan kedudukannya sebagai 'Wanita Pertama' Malaysia.





Terbaru, Rosmah menjadi jemputan utama untuk berucap dalam forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) bertajuk "Memodalkan Potensi Wanita Dalam Perniagaan" yang ke 6 Selasa lalu.


Hadir sama pada majlis itu termasuk Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi Rangkaian Perniagaan Wanita WIEF, Datuk Dr Norraesah Mohamad dan bekas Menteri Perdagangan antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.



Bagaimanapun, ketidakhadiran Shahrizat berucap dalam forum penting tersebut atas kapasiti MENTERI yang menjaga hal ehwal wanita menimbulkan spekulasi beliau tidak sehaluan dengan isteri Perdana Menteri itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan