Pengikut

Rabu, 12 Mei 2010

YANG TERBAIK ADALAH DARI KAMI-SOKONGLAH KAMI !!

PERAKKUME


I

Bagaiamanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan berkata perbicaraan perlu diteruskan dan rayuan boleh dikemukakan selepas mahkamah selesai bersidang.

Pertikaman lidah berlaku dan Karpal mendakwa Mohd Yusof sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Ini kerana beliau datang dengan persediaan berkenaan.

Mahkamah kemudian berehat seketika bagi membolehkan hakim memutuskan sama ada membenarkan permohonan menghina mahkamah dikenakan ke atas peguambela utama, Karpal Singh.


II

Laporan ke atas Lim pula berikutan kenyataannya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini telah menuntut Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.


Tindakan Setiausaha Agong DAP itu dianggap satu prejudis dan hasutan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan, rasa gelisah dan persepsi buruk rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia di samping penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana pelantikan Musa sebagai KPN adalah melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan