Pengikut

Khamis, 20 Mei 2010

BERITA PERAK: PENGANUT KRISTIAN TIDAK BERMINAT DENGAN PAS

PERAKKUME

Penganut Kristian di negeri ini tidak berminat menyokong, apatah lagi menyertai Pas kerana mendapat gambaran negatif daripada musuh politik dan peranan media memburuk-burukkan perjuangan serta kepimpinan parti itu.


Timbalan Pesuruhjaya I Pas Negeri, DS Nizar Jamaluddin ketika mendedahkan perkara itu berkata, pengalaman yang berlaku tiga tahun lalu itu turut menyaksikan usaha Pas negeri itu menemui kegagalan untuk mengadakan sebarang program bersama dengan pelbagai kaum dan penganut agama.

Katanya, walaupun Pas berusaha untuk berbaik-baik dengan mereka termasuk menafikan gambaran buruk itu, tetapi pengaruh musuhnya yang terlalu kuat ketika itu menyebabkan orang bukan Islam mengelak daripada mendekatinya.

“Penganut Kristian di negeri ini memaklumkan saya, jika sesi dialog yang diadakan hari ini, dianjurkan tiga tahun lalu, mereka pasti tidak akan hadir kerana gambaran buruk terhadap Pas dipaparkan oleh media dan musuh kita.

“Bagaimanapun, hari ini, setelah melihat dan mendalami perjuangan Pas, mereka tidak lagi terpedaya dan masing-masing menyatakan sokongan terhadap perjuangan kita,” katanya pada sidang media pada majlis Ramah Mesra dan Dialog Pas Perak bersama Paderi di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Turut hadir, wakil Gereja, Dr Teoh Soong Kee; Timbalan Pesuruhjaya II Pas, Dr Khairuddin Abdul Malik; Ketua Dewan Pemuda Pas, Zawawi Hassan; Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas, Muhammad K.Y. Tiang Abdullah dan ADUN Lubok Merbau, Mohd Zainuddin Mohd Yusof,

DS Nizar berkata, penerimaan orang bukan Islam terhadap perjuangan parti itu membuktikan slogan ‘Pas For All’ bukan retorik.

Mengenai sesi dialog, beliau berkata, tujuannya untuk menjalinkan kerjasama umat Islam dengan penganut Kristian, selain berbincang berhubung isu membabitkan permasalahan mereka selama ini.

Menurutnya, isu itu ialah penggunaan kalimah ‘Allah’ dan rasuah.

“Majlis ini adalah satu permulaan. Kita akan adakan lagi pada masa akan datang. Majlis ini bukan bertujuan mengajak penganut Kristian atau pihak gereja menyokong Pas, (tetapi) kalau ada pun ia hak peribadi.

Sementara itu, Soong Kee berkata, Kerajaan Pusat tidak pernah menganjurkan sebarang perbincangan dengan mereka selama ini.

Katanya, jika dialog dan perbincangan seperti itu diadakan, banyak isu boleh diselesaikan.

“Bagaimanapun, saya harap dialog ini akan dapat menyelesaikan pelbagai isu yang timbul selama ini, selain mengatasi salah faham yang wujud. Jangan salah faham, ini bukan bermakna pihak gereja akan bergabung dengan Pas. Ini hanya sekadar dialog dan perbincangan.

“Lagipun, pihak gereja tidak dibenarkan bergabung atau terlibat dengan mana-mana parti politik sekalipun,” katanya.


1 ulasan:

  1. bohh mintak tolong letak link blog saya sini, tq bohh http://kraiutara.blogspot.com/

    BalasPadam